Risiko Mengorek Telinga



Risiko Mengorek Telinga

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan.

Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. “Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran. “Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif.

Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. “Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. “Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka. Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telinga Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.
Info

Lepak2 Hujung Minggu

Santai yg tidak dirancang.On da way balik dari Rawang,saja jer singgah kat Tasik Biru,Kundang.
Tengok org main jetski.menyedut udara yg nyaman,berlatar belakangkan rumah kami akan datang.Nanti kalau dah pindah kesana.Hari2 boleh berkelah.he2.
Jom...

Adab Memasuki Rumah Baru

Alhamdulillah....
Perkhabaran gembira dari sumber2 yg boleh dipercayai.Kemungkinan besar,kunci rumah akan dapat dlm penghujung bulan November ni.Tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri.Dah berangan-angan nak pasang macam2.he..hee


Disini,aku ingin berkongsi sedikit adab2 sebelum memasuki rumah baru.
Artikel ni pun aku copy dari website ni.

Adab-adab memasuki rumah
secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” - [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

وعن أبي هريرة أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ - Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

(’Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا

(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah - menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat.Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara Jiran-Jiran.Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal,Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam

Ajiq Demam






















Minggu ni,anakku kena demam pula.Kesian tengok dia,baru jer lepas muntah2.Makan pun kurang berselera.Haziq ni,kalau demam,dia diam jerr,tak berapa nak merenggek.Tu yg mama suka ni.hee.hee.Tapi....bab2 makan ubat memang payah sikit.Memang kena paksa.Kalau kat rumah 'Mak'(pengasuh haziq) senang pula makan ubat.Haziq....Haziq....
Seperti biasa,aku hanya memberi ubat yg dibeli dari farmasi jerr.Melainkan kalau demam tu berlarutan,wajib dibawa berjumpa doktor.Sapa tak sayang anak oooiiii..
Keesokan harinya,anakku sihat seperti biasa,dah berselera nak makan.Alhamdulillah....

Lawyer oh Lawyer

Sabtu,16 Okt 2010
Seawal pagi,bersiap2 bersama suami & anak menuju ke Bandar Baru Klang.
Lokasi destinasi:No 251-A,Jalan Meru,Taman Bunga Melur,Klang.















dah lenguh2 tangan dok sain dokumen2 ni :-)
Tujuan utamanya adalah untuk menandatangani Surat Perjanjian Sewa Beli Rumah.
Aduh...sampai lenguh2 tangan nak sain semua2 dokumen tu.bayangkan laa,dari pukul 11 pagi sampai pukul 12 dok sain dokumen2 tu.Yer laa,lepas sain,pihak lawyer kena semak satu2.Kot2 ada yg tertinggal.Nanti tak pasal2 nak kena datang lagi.mmm...harap2 ni proses terakhir dlm prosedur pembelian rumah.Tak tak sabar nak duduk rumah sendiri.Harap2 dipermudahkan semua urusan.Amin.........

Preview My New Apartment




























































Anak Belajar Dari Kehidupannya

Jika anak hidup dengan cemuhan, dia belajar mengutuk,
Jika anak hidup dengan keganasan, dia belajar melawan,
Jika anak hidup dengan ejekan, dia belajar menjadi pemalu,
Jika anak hidup dengan tolak ansur, dia belajar menjadi penyabar,
Jika anak hidup dengan dorongan, dia belajar menjadi yakin,
Jika anak hidup dengan pujian, dia belajar untuk menghargai,
Jika anak hidup dengan adil, dia belajar keadilan,
Jika anak hidup dengan keselamatan, dia belajar untuk mempercayai,
Jika anak hidup dengan penerimaan, dia belajar menyukai dirinya,
Jika anak hidup dengan keredhaan dan persahabatan, dia belajar mencari cinta dalam dunia...

Menyepi seketika

Dah lama mama tak up-date blog ni.Al-maklum laa,skrg ni bizi dgn kerja baru.
Dah tak boleh nak rileks2 mcm dulu lagi.Ni pun curi-curi peluang time rehat jerr.
Walau bagaimanapun Mama masih mengikuti perkembangan Blog Kawan-Kawan semua.
Kalau nak rasa resepi-resepi yg sedap2,bolehlah berkunjungi blog Mama & Mr.Mama
di http://www.my-resepi.blogspot.com
Jumpa kawan2 disana.......

Duti Setem,apa yg harus anda tahu

Dah lama tak up-date blog aku ni.hee2
Ni aku nak berkongsi info yg aku dapat dari sebuah laman web.

Duti setem apa yg harus anda tahu tentangnya..


Apa itu duti setem? Mungkin ada diantara pembeli-pembeli baru yang keliru tentang duti setem. Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.

Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah anda. pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan. Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru… duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.

Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan. Sebagai contoh apabila anda membeli hartanah bernilai RM700,000, anda dikehendaki membayar duti setem mengikut carta dibawah;

■RM100,000 yang pertama: 1% dari RM100,000 pertama atau RM1.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
■RM100,00 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000: 2% dari 100,000 hingga ke RM500,000 atau RM2.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
■Melebihi RM500,000: 3% pada RM500,000 seterusnya atau RM3.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
Jika di simulasikan pembayaran duti pada hartanah yang berharga RM700,000 adalah;

Harga Rumah
RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)

RM400,000 seterusnya – 2% x RM400,000 = RM8,000 duti setem yang dibayar (baki harga rumah – RM200,000)

RM200,000 seterusnya – 3% x RM200,000 = RM6,000 duti setem yang dibayar (Jumlah harga rumah RM700,00)

Ini bermakna jumlah bayaran duti setem pada rumah ini adalah RM15,000 sahaja

Selain dari pengiraan manual, anda juga boleh menggunakan kalkulator pengiraan duti setem disini PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAH MILIK HARTA TANAH yang terdapat di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga boleh diakses melalui www.jpph.gov.my.

Sebagai pengguna anda harus tahu apakah hak anda dan bagaimana duti setem ini dikira. Supaya anda tidak tertipu atau menjadi mangsa penipuan pada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas ketidak pastian anda.

Semoga info ini dapat membantu



Birthday Anakku

Hari,tanggal 31 Januari 2010 genap usia putera kasayanganku 2 tahun.
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Amirul Haziq...
Happy Birthday to you...............





Nak cerita persiapan jamuan besday Ajiq ni.Seawal pagi 30 Jan,aku bersama suami telah ke pasar mencari bahan2 utk membuat laksa,rendang ayam,nasi himpit,bihun goreng dan lain2 yg simple.Petangnya baru la mulakan acara memasak kuah laksa.
Kuah laksa ni,kalau lama skit,baru sedap dimakan.Baru terasa auranya.hee2
Sebelah malamnya pula,aku masak rendang ayam utk dihidang bersama nasi himpit.
Pasal letih jgn cakap laa,aku sorang saja yg jadi tukang masak.Nasib la suami memahami keadaan.Ada la tolong skit2.Janji si kecik tu tak buat perangai.Semua kerja boleh beres punya!!

31 Jan 2010-
Tiba hari yg dinantikan.Tepat pukul 1 t/hariSemua hidangan dah disediakan.Alhamdulillah....lega rasanya.
Jam 2petang,tetamu dah mula datang.Seorang demi seorang bersama keluarga.
Hingga la jam 8mlm baru selesai.Terima kasih semua!!
Arghh!!! penatnya,letih badan tak usah cakap la,tapi puashati!
Nasib la 1 Feb aku cuti-Hari Wilayah.


antara hidangan makanan

birthday boy

Haziq dah sihat

Alhamdulillah....
Hampir seminggu,akhirnya telinga Haziq dah beransur pulih.Semalam,cuba korek telinga Haziq dgn cotton buds,dah tak ada cecair darah dlm telinga dia.Lega rasanya.....
Tapi dia ni susah skit nak makan ubat Antibiotik,mcm2 cara abahnya buat.Kadang2 nak tergelak la jugak.Kalau tak boleh,kena cara paksa la.Apa boleh buat,biar dia menanggis,tapi kejap jerr.

Mmmm....sedar,tak sedar usia Haziq dah hampir 2 tahun.31 Januari birthday Haziq!!
Haziq nak kek birthday tak? atau nak hadiah dari Abah?hee..hee
Nantikan suprise utk si comelku.

Haziq Sakit Telinga

Dalam minggu telinga anakku Amirul Haziq macam keluar cecair seperti tahi telinga yg basah.Seperti biasa aku,cuci dengan cotton buds.Bila cuci dalam skit,ada darah melekat kat cotton buds tu.Tapi Haziq ni biasa jerr,tak menangis.Tapi pantang bila telinga dia diusik.Menangis tak ingat........he..hee..

Jadi,semalam bawa la pergi Klinik Prima,jumpa doktor.Klinik ni kira dah jadi klinik panel bagi kami sekeluarga.Doktor bagi ubat Antibiotik,ubat titis & ubat demam(Paracetamol).Cas yang dikenakan sebanyak RM42.00



Tengok keputusan dlm mingggu ni,kalau masih berlarutan,doktor akan buat surat berjumpa dengan Pakar Telinga di Hospital Sg Buloh.Harap2 semuanya ok.Mama risau kesihatan Ajiq.

Ku Percaya Ada Cinta


Ku Percaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


Kalau nak download lagu ni,klik kat link bawah tu.
Siti_Nurhaliza_-_Tahajjud_Cinta_-_08_-_Ku_Percaya_Ada_Cinta.mp3

Dah Lulus!

Kring! kring!!! Berdering telefon opis aku,dikala aku sibuk melayan facebook.
"Hello,boleh saya bercakap dengan Puan Zainawati?" Suara dari panggilan yg tidak aku kenali.
"Ya,saya bercakap" jawab aku dengan selamba.
"Saya En.Mizi,dari RHB bank"
"Ha!" terperanjat aku.Inilah panggilan yg aku tunggu sejak seminggu kebelakangan ini.
Harap2 dapat berita baik dari En.Mizi.
"Puan Zaina,loan awak telah lulus.Tahniah!" ujar En.Mizi.
Yes!! Yes!! Akhirnya,loan aku lulus jugak..Alhamdulillah.Pembukaan tahun 2010 yg amat bermakna bagi diriku dan suamiku.
mmmm....nak tau loan apa?tunggu...Biarlah rahsia.Kalau betul2 dah dapat,nanti aku akan update dlm blog ini.
Hee..hee...suprise!!

Aturan perabot dlm bilik

Anda pasti pernah melawat rumah-rumah contoh pemaju perumahan yang direka dengan kesan khas lampu dan perabot. Sekali pandang terus terpikat untuk membeli rumah tersebut. Jadi kenapa tidak anda cuba untuk membina dan menghiasi bilik idaman? lebih-lebih lagi tempat yang terbaik untuk kita mulakan adalah bilik sendiri.

Dengan imaginasi dan teknik susunan yang betul pasti anda juga mampu bersaing dengan pereka dalaman yang profesional.
Sebelum memulakan atur susunan pastikan dahulu dimana pandangan utama didalam bilik tidur. Adakah perhiasan dinding atau almari anda? selepas itu pastikan sudut yang terbaik untuk katil diikuti pula perabot-perabot lain. Jika berani, anda juga boleh meletakkan katil anda di buju bilik untuk mencipta kelainan.


Letakkan lampu dikedua-dua belah sisi katil untuk mengimbangi ruang dan pandangan. tidak lupa tempat aksesori tambahan seperti gelas minuman, buku ataupun jam loceng.
Cuba letakkan satu kerusi malas berbentuk S di depan ruang kaki katil anda untuk mencipta ruang tambahan atau tempat duduk.
Sentiasa pastikan bilik anda harus mempunyai cermin bagi menampakkan satu titik kemewahan dengan meletakkan cermin bersaiz penuh di tempat menghias diri.
Untuk menampakkan kelainan dibilik anda, dapatkan perabot yang menyerlahkan kretiviti dan punyai reka bentuk unik dan jenis yang berbeza

Ambang 2010

















Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Sedar tak sedar,kita dah hampir ke peghujung 2009.Pelbagai kenanagan pahit manis yang aku tempuhi.
Alhamdilillah...semuanya berjaya ditempuhi.
Ada impian yg masih belum tercapai.Harap2 tahun 2010 impian akan terlaksana.

Sambutan tahun baru kali ni,Mama® hanya pergi tengok percikan bunga api kat Giant Kota Damansara jerr.Malas nak pergi Dataran Merdeka tu,paham2 jer laa.Kalau pergi pukul 8.00mlm,mau jem kat Jalan Duta tu...Nak keluar skit punya seksa daaa.Ok jugak tempat tu,atas bukit.Boleh nampak bunga api dari The Curve,Dataran Sunway.Bukan main seronok lagi putera kasayangan kami tu.Iyer laa,dah dekat 2 tahun,dan pandai macam2.

Followers

Powered by Blogger.